Tuesday 15 May 2012

:: REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK ::


FAKTOR UTAMA REKA BENTUK

  • Melalui proses reka bentuk dan reka cipta manusia dapat selesaikan pelbagai masalah atau keperluan harian
  • Produk yang dihasilkan seharusnya dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna
  • Faktor atau kriteria menentukan produk sesuai atau sebaliknya terhadap pengguna

ALATAN TANGAN


Gandin Getah
  • Terdapat dalam pelbagai saiz
  • Digunakan untuk kerja melipat, membentuk dan mengetuk kepingan logam
  • Kepala gandin getah dibuat dari getah
  • Tujuannya menggelkkan permukaan kepingan logam daripada tercalar atau rosak

Pisau Pemotong Perspek


  • Digunakan untuk memotong kepingan perspek
  • Mata pisau boleh ditukar ganti
Penebuk Pusat
  • Digunakan untuk menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum digerudi
  • Ia bertujuan mengelakkan dari mata gerudi tergelincir ketika kerja mengerudi dijalankan
Rivetter
  • Digunakan untuk memasang ribet secara kekal pada kepingan logam
  • Nozzle rivetter boleh ditukar untuk memastikan saiz ribet sesuai dengan rivetter
Hot Glue Gun
  • Mencairkan batang glu
  • Memudahkan dalam proses glu panas bahan kerja
Stapler Gun
  • Untuk merekatkan kepingan nipis dan lembut sperti kanvas, kulit, pvc nipis, kepingan papan lapis, MDF dan mounting board
  • Ia digunakan bersama dawai kokot



MESIN

Mesin Gergaji Jig
  • Digunakan untuk memotong lengkungan, bulat dan lurus pada kepingan papan, MDF atau papan lapis, kayu, logam lembut dan perspek
  • Mata pemotong diperbuat daripada keluli berkabon tinggi
  • Mata perlu ditukarkan mengikut kesesuaian bahan yang dipotong
Mesin Pemutar Skru Tanpa Wayar
  • Digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkan skru dan menebuk lubang kecil pada kayu atau kepingan logam
  • Berfungsi dengan kuasa bateri yang boleh dicas
Mesin Pelelas Mudah
  • Digunakan untuk melelas permukaan dengan cepa, merata permukaan kayu, membuang bahagian karat pada keluli sebelum kerja kemasan serta pada permukaan plastik
  • Dua jenis sander, belt sender dan disc sander
  • Kertas pelelas pada sender boleh ditukar jika haus


1 comment: