Sunday 13 May 2012

:: KERJA PAIP ::

SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH

Sistem terus → membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.
Sistem tidak terus →membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.

PAIP BEKALAN AIR

Paip Perhubungan : menghubungkan paip utama dengan meter air

Paip Perkhidmatan :  menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur

Paip Agihan :  mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah

Paip Cuci : berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan

Paip Limpah : menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak


PAIP BESI BERGALVANI (BG)
  • Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.
  • Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip
  • Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
  • Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.
  • Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.
PAIP POLIVINIL KLORIDA (PVC)
  • Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)
  • Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah
  • Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.
  • Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm
  • Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

PAIP POLI (HDPE)
  • Boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan
  • Berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan boleh digulung
  • Ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai
  • Lebih mahal dan tidak boleh ditegakan
  • Boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji

No comments:

Post a Comment