Tuesday 15 May 2012

:: MAKANAN ::


- Menu ialah suatu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu hidangan
- Tujuan utama merancang sesuatu menu:
  • Untuk menyediakan hidangan makanan yang berkhasiat, menarik, seimbang dan menyelerakan
  • Untuk menjimatkan tenaga, kos, bahan makanan dan masa penyediaannya
  • Mengelakkan pembaziran perbelanjaan
- Dapat disediakan dalam beberapa cara iaitu : 
  • CARA TIMUR : contoh - nasi lemak

   

  • CARA BARAT : contoh - burger
  • CARA BUDAYA SETEMPAT : contoh - nasi kerabu

 ALATAN DAN KELENGKAPAN DAPUR
  • Periuk belanga
  • Kutleri
  • Alatan memasak
  • Alatan membuat kek dan pastry
  • Alatan menghidang & menyiapkan peranggu meja
  • Kain-kain dapur

ETIKA MAKAN

  1.  Etika makan ialah adab dan sopan semasa makan
  2. Adab semasa di meja makan :
  • Postur betul
  • Rapatkan kaki
  • Letak napkin di atas riba dengan cermat
  • Suap makanan sedikit-sedikit, cermat
  • Bongkokkan sedikit badan semasa menyuap
  • Guna sudu-garpu @ pisau –garpu dengan senyap
  • Ambil sajian dengan cermat
  • Jangan letak siku atas meja
  • Kunyah perlahan-lahan, senyap tanpa buka mulut
  • Minum perlahan tanpa bunyi
  • Berbual perkara baik-baik
  • Biarkan makanan sejuk dahulu.jangan tiup makanan.
  • Ambil makanan secukupnya.
  • Minta orang berhampiran hulurkan makanan.
  • Kumpul sisa makanan di tepi pinggan @ piring layan
  • Rapatkan kutleri setelah selesai makan
  • Kacau kopi perlahan-lahan
  • Beredar bersama-sama setelah selesai @ minta izin jika terpaksa pergi lebih 

MARI AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG !!

:: REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK ::


FAKTOR UTAMA REKA BENTUK

  • Melalui proses reka bentuk dan reka cipta manusia dapat selesaikan pelbagai masalah atau keperluan harian
  • Produk yang dihasilkan seharusnya dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna
  • Faktor atau kriteria menentukan produk sesuai atau sebaliknya terhadap pengguna

ALATAN TANGAN


Gandin Getah
  • Terdapat dalam pelbagai saiz
  • Digunakan untuk kerja melipat, membentuk dan mengetuk kepingan logam
  • Kepala gandin getah dibuat dari getah
  • Tujuannya menggelkkan permukaan kepingan logam daripada tercalar atau rosak

Pisau Pemotong Perspek


  • Digunakan untuk memotong kepingan perspek
  • Mata pisau boleh ditukar ganti
Penebuk Pusat
  • Digunakan untuk menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum digerudi
  • Ia bertujuan mengelakkan dari mata gerudi tergelincir ketika kerja mengerudi dijalankan
Rivetter
  • Digunakan untuk memasang ribet secara kekal pada kepingan logam
  • Nozzle rivetter boleh ditukar untuk memastikan saiz ribet sesuai dengan rivetter
Hot Glue Gun
  • Mencairkan batang glu
  • Memudahkan dalam proses glu panas bahan kerja
Stapler Gun
  • Untuk merekatkan kepingan nipis dan lembut sperti kanvas, kulit, pvc nipis, kepingan papan lapis, MDF dan mounting board
  • Ia digunakan bersama dawai kokot



MESIN

Mesin Gergaji Jig
  • Digunakan untuk memotong lengkungan, bulat dan lurus pada kepingan papan, MDF atau papan lapis, kayu, logam lembut dan perspek
  • Mata pemotong diperbuat daripada keluli berkabon tinggi
  • Mata perlu ditukarkan mengikut kesesuaian bahan yang dipotong
Mesin Pemutar Skru Tanpa Wayar
  • Digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkan skru dan menebuk lubang kecil pada kayu atau kepingan logam
  • Berfungsi dengan kuasa bateri yang boleh dicas
Mesin Pelelas Mudah
  • Digunakan untuk melelas permukaan dengan cepa, merata permukaan kayu, membuang bahagian karat pada keluli sebelum kerja kemasan serta pada permukaan plastik
  • Dua jenis sander, belt sender dan disc sander
  • Kertas pelelas pada sender boleh ditukar jika haus


:: ELEKTRONIK ::

DIOD PEMANCAR CAHAYA - L.E.D.

    • Ia adalah sejenis diod
    • Dikenali sebagai "Light Emiting Diod"
    • Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat
    • Digunakan di dalam alatan elektronik seperti radio, TV, permainan, pemain CD/DVD
    • Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan positif (anod)
    • LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt

              PERINTANG TETAP KARBON
              • Dibuat daripada karbon dan tanah
              • Digunakan untuk mengurangan arus dan voltan
              • Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna

              Kod WarnaNomborWarnaJalur Pertama/KeduaBilangan SifarToleransi
              Hitam 0  
              Perang/Coklat 1  0  
              Merah 2  00  
              Oren/Jingga 000  
              Kuning 4  0000 
              Hijau 5  00000 
              Biru 6  000000 
              Ungu 7  0000000 
              Kelabu 
              Putih 
              Emas 5% 
              Perak 10% 
              Tiada warna 20% 

              PERINTANG BOLEH LARAS
              • Digunakan untuk mengubah rintangan dalam arus
              • Sering digunakan dalam radio, tv dan unit pembesar suara
              KAPASITOR
              • Digunakan untuk menyimpas cas elektrik
              • Jenis : Terdapat dua jenis
              TRANSISTOR
              • Digunakan untuk meninggikan dan merendahkan arus. Berfungsi juga sebagai suis
              • Jenis. Terdapat 2 jenis transistor
              1. Transistor NPN
              2. Transistor PNP
              • Transistor mempunyai 3 kaki
              1. C = Pemungut (Collector)
              2. B = Tapak (Base)
              3. E = Pemancar (Emitter)
              BUZZER
              • Digunakan untuk menghasilkan bunyi berfrekuansi tinggi
              • Digunakan dalam litar penggera
              SUIS TOGEL
              • Dikenali sebagai suis satu kutub satu arah
              • Digunakan untuk membuka dan menutup litar
              SUIS TEKAN
              • Terdapat dua jenis , suis tekan tutup, dan suis tekan on
              • Suis tekan tutup tidak membenarkan arus mengalir ketika butang (punat) ditekan.
              • Suis tekan hidup (on) hanya akan membenarkan arus mengalis ketika butang (punat) ditekan.
              SUIS MIKRO

              Sunday 13 May 2012

              :: KERJA PAIP ::

              SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH

              Sistem terus → membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.
              Sistem tidak terus →membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.

              PAIP BEKALAN AIR

              Paip Perhubungan : menghubungkan paip utama dengan meter air

              Paip Perkhidmatan :  menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur

              Paip Agihan :  mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah

              Paip Cuci : berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan

              Paip Limpah : menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak


              PAIP BESI BERGALVANI (BG)
              • Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.
              • Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip
              • Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
              • Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.
              • Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.
              PAIP POLIVINIL KLORIDA (PVC)
              • Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)
              • Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah
              • Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.
              • Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm
              • Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

              PAIP POLI (HDPE)
              • Boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan
              • Berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan boleh digulung
              • Ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai
              • Lebih mahal dan tidak boleh ditegakan
              • Boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji

              :: JAHITAN ::

              ALATAN JAHITAN
              Gunting - untuk memotong kain dan benang


              Jarum peniti - untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel


              Penetas - untuk membuka semula jahitan yang silap


              Kapur penanda - untuk menanda garisan potongan dan jahitan


              Pita Pengukur - untuk mengukur di atas kain dan kertas


              JENIS MESIN JAHIT


              Mesin jahit tangan : menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang

              Mesin jahit kaki : murah dan popular, menggunakan kaki untuk memusingkan roda imbang

              Mesin jahit elektrik : menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang

              Mesin jahit elektronik :  dikawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik dengan menggunakan kuasa elektronik


              Friday 11 May 2012

              :: TANAH ::

              • Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
              •  Tanah mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim,  topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.

            1. LAPISAN TANAH DAN CIRI- CIRI
            2. TANAH ATAS
              • terdapat sisa tumbuhan dan haiwan
              •  ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur
              •  pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi
              •  akar tumbuh dengan baik.
              •  tempat tinggal hidupan tanah.
              TANAH BAWAH
              • berada di bawah tanah atas
              • lebih padat
              • mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap.
              • lapisan keras – halang akar tumbuh dan pengaliran air.
              • sedikit organisma hidup
              BATUAN
              • Bahan induk tanah.
              • Alami proses luluhawa.
              KEPENTINGAN TANAH
              •  Memberi sokongan mekanik kepada akar
              • Membekal nutrien kepada tumbuhan.
              •  Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan